Wednesday, September 8, 2010

Goji Ningxia

Goji, sepintas lalu …

Dalam perubatan Cina

Goji telah digunakan dalam perubatan tradisional oleh masyarakat Cina selama lebih 5000 tahun. Banyak teks perubatan Cina menyanjung faedah kesihatan yang mengagumkan hasil daripada buah ini. Antara teks perubatan tersebut ialah:

Ben Cao Hui Yang:

“Goji meningkatkan qi atau daya kehidupan, menyokong darah, menyuburkan yin dan yang, membuang angin, merupakan herba yang sangat baik”.

Ben Cao Bei Yao:

“Goji menyuburkan paru-paru, membuang angin, membersihkan hati, menguatkan buah pinggang untuk menyokong qi, meningkatkan potensi seks, memperkuatkan otot dan tulang serta mencerahkan mata”.

Ben Cao Gang Mu:

“Goji membuang qi yang tidak baik daripada lima (5) organ, mengawal aliran tenaga penting, mencerahkan mata, menenangkan saraf, menjadikan hidup panjang umur”.

Herba ajaib, baik untuk penglihatan

Goji atau buah Lycium merupakan herba yang berasal daripada Lycium chinense dan Lycium barbarum, tumbuhan yang biasa di dapati di Asia Timur. Kulit akarnya juga digunakan untuk perubatan di seluruh Asia Timur. Lycium merupakan famili Solanacea yang daripadanya kita dapati sayur-sayuran seperti lada, terung, ubi kentang, tomato dan lain-lain.

Masyarakat Cina mengenali buah ini sebagai goji dan telah menggunakannya sejak zaman purba. Ia juga telah direkodkan seawal kewujudan Chinese material medica dalam lingkungan 100 A.D.

Di Cina, Lycium Barbarum telah lama dikenali kerana faedahnya untuk penglihatan. Ia sering dijadikan bahan utama dalam hampir setiap perubatan Cina dalam memulihkan mata.

Buah goji mempunyai rangkaian amino asid L-leucine yang sangat tinggi. L-leucine merupakan asid amino yang hanya boleh diperolehi daripada diet kita. Dalam tubuh, L-leucine ditukarkan kepada sebatian yang sangat kuat dipanggil HMB (beta-hydroxy beta-methylbutyrate).


Kandungan fakta pemakanan buah goji Ningxia

01. 19 amino asid termasuk lapan (8) yang diperlukan untuk hidup
02. 21 unsur mineral termasuk germanium, unsur mineral anti-kanser yang jarang ditemui dalam makanan
03. 16% protein enam (6) kali ganda lebih tinggi berbanding dengan bee pollen
04. Spektrum yang lengkap dengan anti-oksida karotenoid termasuk beta-karotena (sumber yang lebih baik meskipun karot)
05. Zeaxanthin dan lutein melindungi mata dan membaiki penglihatan. Buah goji paling kaya dengan sumber karotenoid berbanding dengan semua jenis makanan yang ada
06. Vitamin C (500 kali ganda berbanding buah oren)
07. Vitamin B Complex, perlu untuk menukarkan makanan kepada tenaga
08. Vitamin E, jarang ditemui dalam buah dan selalunya hanya ditemui dalam bijian dan benih
09. Beta-sitosterol, dikenali sebagai agen anti-radang. Beta-sitosterol juga merendahkan kolesterol dan digunakan untuk merawat masalah seksual mati pucuk dan zakar yang membesar 10. Essential fatty acids, diperlukan oleh tubuh untuk mengeluarkan hormon, dan melicinkan fungsi otak serta sistem saraf
11. Cyperone, memberi faedah kepada jantung dan merendahkan tekanan darah, melegakan ketidakselesaan ketika haid dan digunakan dalam rawatan kanser servik
12. Solavetivone, sebatian anti-bakteria dan anti-kulat yang kuat
13. Physalin, sebatian semulajadi yang aktif terhadap semua jenis leukemia, juga digunakan dalam rawatan hepatitis B disamping meningkatkan sistem imunisasi
14. Betaine, digunakan oleh hati untukmengeluarkan choline, sebatian yang mententeramkan ketakutan, meningkatkan memori, pertumbuhan otot dan melindungi penyakit hati berlemak (fatty liver). Betaine juga menyediakan kumpulan methy dalam tindak balas tenaga dan boleh membantu mengurangkan paras homocysteine, iaitu faktor risiko utama dalam penyakit jantung. Ia juga melindungi DNA
15. Polysaccharides: LBP (Lycium Barbarum Polysaccharides) terbukti sebagai glykokonjugat, bermaksud merupakan sumber sel gula yang perlu (essential cell sugars) yang luar biasa (Mannose, Xylose, Rhamnose, Glucose, Arabinose dan Galactose) yang perlu untuk fungsi imunisasi yang sempurna dan komunikasi interselular. Hakikatny, goji mungkin merupakan sumber glykonutrien yang terkaya pernah ditemui.


Usia lewati 100 tahun

Daerah Zhongning, Ningxia di Negara Cina mengeluarkan buah goji (juga dikenali sebagai Chinese wolfberry) yang berkualiti terbaik di dunia. Daerah ini dikenali sebagai desa panjang usia, di mana ramai penduduknya hidup lama dengan kehidupan yang produktif melewati usia 100 tahun. 90% daripada populasi penduduk Ningxia beragama Islam dan mengamalkan goji sebagai makanan harian untuk kekal sihat. Mereka percaya goji membantu mereka hidup lama dengan kehidupan yang aktif.

Rekod umur panjang yang disahkan

Para cendekiawan moden telah mengesahkan tempoh hayat luar biasa seorang pakar perubatan Cina bernama Li Qing Yuen. Beliau dilahirkan pada tahun 1678 dan meninggal dunia pada tahun 1930. Beliau hidup sehingga usia 252 tahun. Ini merupakan kes orang yang paling panjang usia pernah direkodkan. Apakah rahsia usia panjang dan kehidupan aktif beliau? Rahsianya ialah mengamalkan sup yang dibuat daripada goji setiap hari..

Semua khasiat yang diperolehi daripada buah ajaib ini kini dapat dinikmati dengan mudah. Health Builders, satu-satunya syarikat jualan langsung terkemuka di Malaysia, hanya memilih buah goji yang berkualiti terbaik dari daerah Ningxia. Ekstrak goji digunakan untuk rangkaian produk Goji Soya, Goji Classic, Goji Ecoullagen dan Goji Coffee with Eucommia

Pesanan

Segala pertanyaan boleh klik di sini