Monday, September 6, 2010

Teh Rooibos

Asal - usul Teh Rooibos

Teh Rooibos yang asal dan asli ditanam dan dituai di puncak gunung Gifberg, yang merupakan sebahagian daripada rangkaian Cederberg di Afrika Selatan. Teh Rooibos dari daerah ini telah disahkan mempunyai kualiti terbaik di dunia. Cara mempraktikkan penanaman dan penuaian ini telah berjaya menghasilkan teh yang sekaligus mengeluarkan rasa yang sungguh menakjubkan. Berbanding dengan teh gred eksport super yang lain, Teh Rooibos Health Builders lebih baik kerana cara penghasilannya yang tersendiri. Pengekalan tradisi serta cara yang unik ini memastikan proses yang sama digunakan hari ini. Kini, ia tersedia untuk dinikmati bersama.

5 Sebab Utama Mengapa Teh Rooibos Organik Health Builders Mempunyai Nilai Khasiat

1. Ditanam dan tumbuh secara organik untuk kesegaran mutu yang lebih baikSecara organik ditanam dan tumbuh di puncak kawasan terbaik penanaman teh di Daerah Maskam di Afrika Selatan untuk menawarkan kebaikan asli, Teh Rooibos Organik Health Builders ialah sejenis teh unik yang menghasilkan rasa kesegaran herba berkualiti yang sukar ditandingi.

2. Daerah Maskam, secara geografi dianugerah dengan keadaan terbaik untuk penanamanSecara geografi, Daerah Maskam dianugerah dengan keadaan terbaik dan paling sesuai untuk penanaman tersebut. Suatu kenyataan bahawa pentingnya tahun ‘vintage’ dan kaitan ke atas rupa, warna, mutu keharumaan dan rasa daripada secawan teh tidak dapat dipersoalkan, rooibos – sejenis tanaman hidup bergantung kepada keadaan alam sekitar, altitud (ketinggian), jenis tanah, keadaan cuaca seperti hujan, kabus di peringkat tertentu pada hari tersebut, kehampiran dengan laut dan sebagainya. Secara geografi, Daerah Maskam dianugerah dengan kesemua yanag disebutkan di atas untuk penanaman teh rooibos.

3. Tumpuan hanya pada RooibosPara petani di Daerah Maskam hanya menumpukan kepada penanaman rooibos. Penumpuan ini memastikan bahawa estet rooibos memenangi hadiah penghasilaan mutu terbaik dalam industri ini. Penumpuan menanam rooibos, dengan dibantu oleh iklim mikro unik menghasilkan teh rooibos herba bermutu yang sukar ditandingi. Tidak seperti petani di Daerah Sanveld yang menanam lain-lain hasil tanaman selain rooibos, petani-petani di Daerah Maskam lebih mementingkan selok-belok penanaman rooibos.

4. Altitud (ketinggian), faktor kemenanganWalaupun rooiboi boleh ditanam di sebarang ketinggian, iklim mikro amatlah dititik-beratkan. Syarat utama ialah lebih tinggi ia ditanam, teh yang lebih baik akan dihasilkan.
Sebabnya adalah mudah: udara yang lebih sejuk menghalang kelajuan penumbuhan tanaman, dan dengan itu memaksa ia menghasilkan dedaun yang lebih lembut dengan mutu rasa yang lebih baik. Di altitud yang lebih rendah, keseluruhaan tanaman akan tumbuh dengan lebatnya, sekaligus menghasilkan ete yang lebih kasar dan mempunyai rasa yang kurang sedap / elok.
Ketinggian di atas paras laut bagi Daerah Maskam ialah kira-kira 900m dan bagi Daerah Sanveld ialah 450m. Purata suhu musim panas dan musim sejuk ialah masing-masing 25 darjah dan 19 darjah. Iklim mikro suhu rendah altitud tinggi ini telah berjaya meraihkan 7 anugerah pingat emas untuk daerah ini, sepanjang 10 tahun lalu.
Kawasan gunung-gunung tersebut yang terletak di dalam dan di atas jalur kabus mempunyai tanah-tanih terbaik yang sesuai untuk penanaman serta penghasilan rooibos yang terbaik. Dari dulu hingga sekarang, di kawasan inilah terdapat rooibos yang tumbuh meliar secara asli.

5. Visi & misi Kaedah yang digunakan juga menyumbang kepada cara penghasilan terakhir rooibos. Kemudahan pempasteuran yang terletak di tengah kawasan pengeluaran Maskam, menunjukkan bahawa ia berada di lokasi strategik yang memudahkan kesemua proses teh rooibos yang dikutip dari daerah sekeliling.

Pengeluar kami, Maskam Redbush Limited mempunyai visi untuk mengeluarkan teh rooibos bermutu tinggi yang paling konsisten dan memberi suatu barangan berintegriti kepada pelanggan yang dibuat melalui kawalan proses asli dari mula hingga akhir … dari tanaman hingga ke cawan.

Disebabkan industri ini sentiasa berubah, Maskam Redbush Limited juga berniat untuk menetapkan tahap baru bagi industri rooibos serta memaju dan menaikkan taraf keseluruhan industri untuk faedah semua yang terlibat.

Sebab itulah dengan gabungan semua ciri jualan unik (USP) –dari daerah asal di mana tanaman teh rooibos ditanam, sehingga ke proses pengeluaraan sebenar, cara pemasaran dan akhirnya sehingga ke mutu teh di dalam cawan, Teh Rooibos Organik Health Builders telah disahkan oleh Ecocert International of Germany sebagai menepati syarat-syarat Komuniti Ekonomi Eropah (EEC) mengenai pengeluaran barangan organik.Ini bermakna yang Teh Rooibos Organik Health Builders adalah bebas daripada bahan kimia. Sesungguhnya, ia bersih dan asli. Anda kini dapat menikmati kebaikan khasiat Teh Rooibos Organik Health Builders tanpa perlu bimbang tentang bahan kimia.

Ciri-ciri kesihatan dan data analitik

Program-program penyelidikan saintifik yang dijalankan oleh banyak institusi yang diiktiraf menunjukkan bahawa Teh Rooibos Organik Health Builders mempunyai faedah-faedah kesihatan. Antaranya ialah : ~
~ Kaya dengan bahan ‘volatile’, bebas daripada kafein dan mempunyai kandungan tannin yang rendah
~ Membantu bagi perkembangan tulang dan gigi yang kuat
~ Mengandungi elemen-elemen yang menjadikan kulit sihat
~ Mengandungi mangan, penting untuk sistem urat saraf yang sihat
~ Mengandungi besi, kalium, koprum dan bahan galian untuk fungsi-fungsi metabolic
~ Tidak mengandungi asid oxalic dana oleh itu boleh dinikmati oleh mereka yang mengidapi karang buah pinggang
~ Baik untuk bayi yang bermasalah seperti kolik, kembung perut dan ruam lampin
~ Secara klinikal, ia kerap ditetapkan untuk ketegangan urat saraf, alah dan lain-lain masalah perut dan penghadaman
~ Mengandungi lebih daripada 37 anti-oksidan
~ Tidak mengandungi bahan aditif, pengawet dan pewarna dan ia adalah bersih dan suci. Secara umumnya, ia juga menyumbang secara purata kepada usaha untuk memanjangkan jangka hayat hidup manusia

Kesan awal

Hampir 80% pengguna memaklumkan bahawa mereka dapat merasa kesan / tindak balas selepas amal meminumnya. Ini adalah tanda positif terhadap masalah kesihatan yang dialami. Pada kebiasaannya, di peringkat awal, rasa tidak selesa akan berlaku buat sementara waktu, mungkin 3-4 hari.Jangan bimbang. Ini adalah tindak balas dari tubuh badan yang menerima kesan pembaikan sebatian semulajadi yang terkandung dalam Teh Rooibos. Pengamal perubatan herba menamakan kesan tindak balas ini sebagai ‘krisis pemulihan’.

Ini adalah normal bagi mereka yang ada masalah kesihatan. Badan kita, pada peringkat ini, dapat membuang racun yang terkumpul.


Penyediaan

Masukkan 1 uncang Teh Rooibos ke dalam teko yang berisi 1.5 liter air panas. Rendamkan selama 5 minit. Semua ahli keluarga dapat menikmati rasa kesegarannya. Bagi mereka yang menghadapi masalah kesihatan atau ingin mengawal berat badan, masukkan 1 uncang ke dalam cawan, rendam dan kemudian minum. Sesuai untuk semua peringkat umur.

Teh Rooibos boleh diminum pada bila-bila masa, mengikut kemahuan dan keperluan anda. Ia boleh diminum bersama perahan limau, gula, madu atau susu, mengikut citaarasa anda.

Teh Rooibos juga sesuai untuk mereka yang menghadapi masalah kesukaran untuk tidur. Rendam 1 uncang dan nikmati ia satu jam sebelum tidur.

Serbuk Teh Rooibos boleh digunakan untuk

1. Membaja pokok bunga
2. Membersih muka

Pesanan

Segala pertanyaan boleh klik di sini