Wednesday, September 15, 2010

Kebahagian Suami Isteri

Hubungan kelamin atau jimak adalah anugerah
Tuhan yang tak ternilai harganya. Suami harus memastikan nafkah batin isterinya dilaksanakan dengan sebaiknya apabila berkahwin. Jimak yang sempurna akan memberikan kepuasan batin bagi suami isteri. Namun ramai isteri yang tidak puas
ketika jimak bersama pasangan.

Sebagai suami, tanggungjawab besar terletak di kedua bahu anda untuk memastikan nafkah ZAHIR dan BATIN terhadap isteri anda dilaksanakan sebaiknya.
Ramai dikalangan isteri yang mengambil sikap mendiamkan diri sekiranya tidak puas...
Renungkan sebentar.....anda tidak nampak dengan mata kasar keperluan batin isteri. Lihatlah dengan mata hati anda. Adakah nafkah batin dia mencukupi ataupun atau cuma melebihkan keperluan zahir dan terlepas pandang nafkah batin yang lebih mustahak?


Anda lelaki yang dayus jika terus membiarkan
isteri anda kegersangan.....
Jangan sampai isteri anda mula makan luar dan curang terhadap anda. Jadi jangan salahkan isteri jika mereka menyalahkan SUAMI walaupun isteri sendiri yang berlaku
CURANG!
Cuba renungkan kisah-kisah di bawah ini :
Isteri Curang



Di bawah ini adalah fakta-fakta hasil dari online survey yang diperolehi dari 586 isteri dan wanita dan kami temui beberapa kebenaran yang mengejutkan.....

Sila baca fakta-fakta yang merisaukan ini :
1. 70% isteri mengatakan mereka TIDAK PERNAH mencapai puncak orgasme/klimaks semasa melakukan hubungan seksual dengan suami mereka.
2. 65% isteri mengakui sering BERPURA-PURA MENCAPAI ORGASME untuk memuaskan hati suami mereka.
3. Hanya 15% isteri yang mencapai orgasme lebih sekali dalam seminggu.
4. 78% daripada isteri mengaku yang mereka lebih suka dibelai-belai sahaja dari melakukan seks memandang mereka tidak mencapai kepuasan dari hubungan seksual dengan suami.


ANDA PERCAYA ATAU TIDAK, FAKTA TETAP FAKTA

Keluhan isteri yang tidak puas dalam hubungan seks
Penafian: Ilustrasi ini adalah untuk penerangan kami semata-mata

Fakta ini dikira serius dan kebanyakan lelaki yang tidak mengendahkan masalah mereka ini & kurang mencari penyelesaiannya kerana malu atau ego lelaki mereka
yang menebal walaupun semua permasalahan bermula daripada para suami.

Maka itu setiap kali isteri diajak berjimak, ada saja alasan mereka untuk
mengelak. Persepsi mereka, seks adalah untuk keseronokan suami semata.
Tak tercabarkah ego anda?.
ANDA dibelenggu dengan gejala ini....
ANDA buntu memikirkannya...
ANDA malu dan segan..
ANDA mahu penyelesaian segera.


Jadilah Suami Idaman Sekarang!
Kecapi Nikmat Kepuasan Seks Sebenar Bersama Isteri Anda
Usah Risau..Kami Ada Penyelesaianya!


Wednesday, September 8, 2010

Goji Ningxia

Goji, sepintas lalu …

Dalam perubatan Cina

Goji telah digunakan dalam perubatan tradisional oleh masyarakat Cina selama lebih 5000 tahun. Banyak teks perubatan Cina menyanjung faedah kesihatan yang mengagumkan hasil daripada buah ini. Antara teks perubatan tersebut ialah:

Ben Cao Hui Yang:

“Goji meningkatkan qi atau daya kehidupan, menyokong darah, menyuburkan yin dan yang, membuang angin, merupakan herba yang sangat baik”.

Ben Cao Bei Yao:

“Goji menyuburkan paru-paru, membuang angin, membersihkan hati, menguatkan buah pinggang untuk menyokong qi, meningkatkan potensi seks, memperkuatkan otot dan tulang serta mencerahkan mata”.

Ben Cao Gang Mu:

“Goji membuang qi yang tidak baik daripada lima (5) organ, mengawal aliran tenaga penting, mencerahkan mata, menenangkan saraf, menjadikan hidup panjang umur”.

Herba ajaib, baik untuk penglihatan

Goji atau buah Lycium merupakan herba yang berasal daripada Lycium chinense dan Lycium barbarum, tumbuhan yang biasa di dapati di Asia Timur. Kulit akarnya juga digunakan untuk perubatan di seluruh Asia Timur. Lycium merupakan famili Solanacea yang daripadanya kita dapati sayur-sayuran seperti lada, terung, ubi kentang, tomato dan lain-lain.

Masyarakat Cina mengenali buah ini sebagai goji dan telah menggunakannya sejak zaman purba. Ia juga telah direkodkan seawal kewujudan Chinese material medica dalam lingkungan 100 A.D.

Di Cina, Lycium Barbarum telah lama dikenali kerana faedahnya untuk penglihatan. Ia sering dijadikan bahan utama dalam hampir setiap perubatan Cina dalam memulihkan mata.

Buah goji mempunyai rangkaian amino asid L-leucine yang sangat tinggi. L-leucine merupakan asid amino yang hanya boleh diperolehi daripada diet kita. Dalam tubuh, L-leucine ditukarkan kepada sebatian yang sangat kuat dipanggil HMB (beta-hydroxy beta-methylbutyrate).


Kandungan fakta pemakanan buah goji Ningxia

01. 19 amino asid termasuk lapan (8) yang diperlukan untuk hidup
02. 21 unsur mineral termasuk germanium, unsur mineral anti-kanser yang jarang ditemui dalam makanan
03. 16% protein enam (6) kali ganda lebih tinggi berbanding dengan bee pollen
04. Spektrum yang lengkap dengan anti-oksida karotenoid termasuk beta-karotena (sumber yang lebih baik meskipun karot)
05. Zeaxanthin dan lutein melindungi mata dan membaiki penglihatan. Buah goji paling kaya dengan sumber karotenoid berbanding dengan semua jenis makanan yang ada
06. Vitamin C (500 kali ganda berbanding buah oren)
07. Vitamin B Complex, perlu untuk menukarkan makanan kepada tenaga
08. Vitamin E, jarang ditemui dalam buah dan selalunya hanya ditemui dalam bijian dan benih
09. Beta-sitosterol, dikenali sebagai agen anti-radang. Beta-sitosterol juga merendahkan kolesterol dan digunakan untuk merawat masalah seksual mati pucuk dan zakar yang membesar 10. Essential fatty acids, diperlukan oleh tubuh untuk mengeluarkan hormon, dan melicinkan fungsi otak serta sistem saraf
11. Cyperone, memberi faedah kepada jantung dan merendahkan tekanan darah, melegakan ketidakselesaan ketika haid dan digunakan dalam rawatan kanser servik
12. Solavetivone, sebatian anti-bakteria dan anti-kulat yang kuat
13. Physalin, sebatian semulajadi yang aktif terhadap semua jenis leukemia, juga digunakan dalam rawatan hepatitis B disamping meningkatkan sistem imunisasi
14. Betaine, digunakan oleh hati untukmengeluarkan choline, sebatian yang mententeramkan ketakutan, meningkatkan memori, pertumbuhan otot dan melindungi penyakit hati berlemak (fatty liver). Betaine juga menyediakan kumpulan methy dalam tindak balas tenaga dan boleh membantu mengurangkan paras homocysteine, iaitu faktor risiko utama dalam penyakit jantung. Ia juga melindungi DNA
15. Polysaccharides: LBP (Lycium Barbarum Polysaccharides) terbukti sebagai glykokonjugat, bermaksud merupakan sumber sel gula yang perlu (essential cell sugars) yang luar biasa (Mannose, Xylose, Rhamnose, Glucose, Arabinose dan Galactose) yang perlu untuk fungsi imunisasi yang sempurna dan komunikasi interselular. Hakikatny, goji mungkin merupakan sumber glykonutrien yang terkaya pernah ditemui.


Usia lewati 100 tahun

Daerah Zhongning, Ningxia di Negara Cina mengeluarkan buah goji (juga dikenali sebagai Chinese wolfberry) yang berkualiti terbaik di dunia. Daerah ini dikenali sebagai desa panjang usia, di mana ramai penduduknya hidup lama dengan kehidupan yang produktif melewati usia 100 tahun. 90% daripada populasi penduduk Ningxia beragama Islam dan mengamalkan goji sebagai makanan harian untuk kekal sihat. Mereka percaya goji membantu mereka hidup lama dengan kehidupan yang aktif.

Rekod umur panjang yang disahkan

Para cendekiawan moden telah mengesahkan tempoh hayat luar biasa seorang pakar perubatan Cina bernama Li Qing Yuen. Beliau dilahirkan pada tahun 1678 dan meninggal dunia pada tahun 1930. Beliau hidup sehingga usia 252 tahun. Ini merupakan kes orang yang paling panjang usia pernah direkodkan. Apakah rahsia usia panjang dan kehidupan aktif beliau? Rahsianya ialah mengamalkan sup yang dibuat daripada goji setiap hari..

Semua khasiat yang diperolehi daripada buah ajaib ini kini dapat dinikmati dengan mudah. Health Builders, satu-satunya syarikat jualan langsung terkemuka di Malaysia, hanya memilih buah goji yang berkualiti terbaik dari daerah Ningxia. Ekstrak goji digunakan untuk rangkaian produk Goji Soya, Goji Classic, Goji Ecoullagen dan Goji Coffee with Eucommia

Monday, September 6, 2010

Teh Rooibos

Asal - usul Teh Rooibos

Teh Rooibos yang asal dan asli ditanam dan dituai di puncak gunung Gifberg, yang merupakan sebahagian daripada rangkaian Cederberg di Afrika Selatan. Teh Rooibos dari daerah ini telah disahkan mempunyai kualiti terbaik di dunia. Cara mempraktikkan penanaman dan penuaian ini telah berjaya menghasilkan teh yang sekaligus mengeluarkan rasa yang sungguh menakjubkan. Berbanding dengan teh gred eksport super yang lain, Teh Rooibos Health Builders lebih baik kerana cara penghasilannya yang tersendiri. Pengekalan tradisi serta cara yang unik ini memastikan proses yang sama digunakan hari ini. Kini, ia tersedia untuk dinikmati bersama.

5 Sebab Utama Mengapa Teh Rooibos Organik Health Builders Mempunyai Nilai Khasiat

1. Ditanam dan tumbuh secara organik untuk kesegaran mutu yang lebih baikSecara organik ditanam dan tumbuh di puncak kawasan terbaik penanaman teh di Daerah Maskam di Afrika Selatan untuk menawarkan kebaikan asli, Teh Rooibos Organik Health Builders ialah sejenis teh unik yang menghasilkan rasa kesegaran herba berkualiti yang sukar ditandingi.

2. Daerah Maskam, secara geografi dianugerah dengan keadaan terbaik untuk penanamanSecara geografi, Daerah Maskam dianugerah dengan keadaan terbaik dan paling sesuai untuk penanaman tersebut. Suatu kenyataan bahawa pentingnya tahun ‘vintage’ dan kaitan ke atas rupa, warna, mutu keharumaan dan rasa daripada secawan teh tidak dapat dipersoalkan, rooibos – sejenis tanaman hidup bergantung kepada keadaan alam sekitar, altitud (ketinggian), jenis tanah, keadaan cuaca seperti hujan, kabus di peringkat tertentu pada hari tersebut, kehampiran dengan laut dan sebagainya. Secara geografi, Daerah Maskam dianugerah dengan kesemua yanag disebutkan di atas untuk penanaman teh rooibos.

3. Tumpuan hanya pada RooibosPara petani di Daerah Maskam hanya menumpukan kepada penanaman rooibos. Penumpuan ini memastikan bahawa estet rooibos memenangi hadiah penghasilaan mutu terbaik dalam industri ini. Penumpuan menanam rooibos, dengan dibantu oleh iklim mikro unik menghasilkan teh rooibos herba bermutu yang sukar ditandingi. Tidak seperti petani di Daerah Sanveld yang menanam lain-lain hasil tanaman selain rooibos, petani-petani di Daerah Maskam lebih mementingkan selok-belok penanaman rooibos.

4. Altitud (ketinggian), faktor kemenanganWalaupun rooiboi boleh ditanam di sebarang ketinggian, iklim mikro amatlah dititik-beratkan. Syarat utama ialah lebih tinggi ia ditanam, teh yang lebih baik akan dihasilkan.
Sebabnya adalah mudah: udara yang lebih sejuk menghalang kelajuan penumbuhan tanaman, dan dengan itu memaksa ia menghasilkan dedaun yang lebih lembut dengan mutu rasa yang lebih baik. Di altitud yang lebih rendah, keseluruhaan tanaman akan tumbuh dengan lebatnya, sekaligus menghasilkan ete yang lebih kasar dan mempunyai rasa yang kurang sedap / elok.
Ketinggian di atas paras laut bagi Daerah Maskam ialah kira-kira 900m dan bagi Daerah Sanveld ialah 450m. Purata suhu musim panas dan musim sejuk ialah masing-masing 25 darjah dan 19 darjah. Iklim mikro suhu rendah altitud tinggi ini telah berjaya meraihkan 7 anugerah pingat emas untuk daerah ini, sepanjang 10 tahun lalu.
Kawasan gunung-gunung tersebut yang terletak di dalam dan di atas jalur kabus mempunyai tanah-tanih terbaik yang sesuai untuk penanaman serta penghasilan rooibos yang terbaik. Dari dulu hingga sekarang, di kawasan inilah terdapat rooibos yang tumbuh meliar secara asli.

5. Visi & misi Kaedah yang digunakan juga menyumbang kepada cara penghasilan terakhir rooibos. Kemudahan pempasteuran yang terletak di tengah kawasan pengeluaran Maskam, menunjukkan bahawa ia berada di lokasi strategik yang memudahkan kesemua proses teh rooibos yang dikutip dari daerah sekeliling.

Pengeluar kami, Maskam Redbush Limited mempunyai visi untuk mengeluarkan teh rooibos bermutu tinggi yang paling konsisten dan memberi suatu barangan berintegriti kepada pelanggan yang dibuat melalui kawalan proses asli dari mula hingga akhir … dari tanaman hingga ke cawan.

Disebabkan industri ini sentiasa berubah, Maskam Redbush Limited juga berniat untuk menetapkan tahap baru bagi industri rooibos serta memaju dan menaikkan taraf keseluruhan industri untuk faedah semua yang terlibat.

Sebab itulah dengan gabungan semua ciri jualan unik (USP) –dari daerah asal di mana tanaman teh rooibos ditanam, sehingga ke proses pengeluaraan sebenar, cara pemasaran dan akhirnya sehingga ke mutu teh di dalam cawan, Teh Rooibos Organik Health Builders telah disahkan oleh Ecocert International of Germany sebagai menepati syarat-syarat Komuniti Ekonomi Eropah (EEC) mengenai pengeluaran barangan organik.Ini bermakna yang Teh Rooibos Organik Health Builders adalah bebas daripada bahan kimia. Sesungguhnya, ia bersih dan asli. Anda kini dapat menikmati kebaikan khasiat Teh Rooibos Organik Health Builders tanpa perlu bimbang tentang bahan kimia.

Ciri-ciri kesihatan dan data analitik

Program-program penyelidikan saintifik yang dijalankan oleh banyak institusi yang diiktiraf menunjukkan bahawa Teh Rooibos Organik Health Builders mempunyai faedah-faedah kesihatan. Antaranya ialah : ~
~ Kaya dengan bahan ‘volatile’, bebas daripada kafein dan mempunyai kandungan tannin yang rendah
~ Membantu bagi perkembangan tulang dan gigi yang kuat
~ Mengandungi elemen-elemen yang menjadikan kulit sihat
~ Mengandungi mangan, penting untuk sistem urat saraf yang sihat
~ Mengandungi besi, kalium, koprum dan bahan galian untuk fungsi-fungsi metabolic
~ Tidak mengandungi asid oxalic dana oleh itu boleh dinikmati oleh mereka yang mengidapi karang buah pinggang
~ Baik untuk bayi yang bermasalah seperti kolik, kembung perut dan ruam lampin
~ Secara klinikal, ia kerap ditetapkan untuk ketegangan urat saraf, alah dan lain-lain masalah perut dan penghadaman
~ Mengandungi lebih daripada 37 anti-oksidan
~ Tidak mengandungi bahan aditif, pengawet dan pewarna dan ia adalah bersih dan suci. Secara umumnya, ia juga menyumbang secara purata kepada usaha untuk memanjangkan jangka hayat hidup manusia

Kesan awal

Hampir 80% pengguna memaklumkan bahawa mereka dapat merasa kesan / tindak balas selepas amal meminumnya. Ini adalah tanda positif terhadap masalah kesihatan yang dialami. Pada kebiasaannya, di peringkat awal, rasa tidak selesa akan berlaku buat sementara waktu, mungkin 3-4 hari.Jangan bimbang. Ini adalah tindak balas dari tubuh badan yang menerima kesan pembaikan sebatian semulajadi yang terkandung dalam Teh Rooibos. Pengamal perubatan herba menamakan kesan tindak balas ini sebagai ‘krisis pemulihan’.

Ini adalah normal bagi mereka yang ada masalah kesihatan. Badan kita, pada peringkat ini, dapat membuang racun yang terkumpul.


Penyediaan

Masukkan 1 uncang Teh Rooibos ke dalam teko yang berisi 1.5 liter air panas. Rendamkan selama 5 minit. Semua ahli keluarga dapat menikmati rasa kesegarannya. Bagi mereka yang menghadapi masalah kesihatan atau ingin mengawal berat badan, masukkan 1 uncang ke dalam cawan, rendam dan kemudian minum. Sesuai untuk semua peringkat umur.

Teh Rooibos boleh diminum pada bila-bila masa, mengikut kemahuan dan keperluan anda. Ia boleh diminum bersama perahan limau, gula, madu atau susu, mengikut citaarasa anda.

Teh Rooibos juga sesuai untuk mereka yang menghadapi masalah kesukaran untuk tidur. Rendam 1 uncang dan nikmati ia satu jam sebelum tidur.

Serbuk Teh Rooibos boleh digunakan untuk

1. Membaja pokok bunga
2. Membersih muka

Pesanan

Segala pertanyaan boleh klik di sini