Satu nama yang sinonim dengan industri jualan langsung, Health Builders menjalankan bisnes berbilang tingkat atau MLM. Ia didaftarkan sepenuhnya di bawah Lesen Jualan Langsung Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).

Selama lebih satu dekad, Syarikat dikenali menerusi produk-produk yang hebat dan berkesan, serta pelan pemasaran yang menarik. Sehingga kini, kami mempunyai lebih 80,000 pengedar dan 400 stokis di seluruh Malaysia. Kami telah berjaya membantu ramai usahawan dalam industri jualan langsung, dan sekaligus melahirkan pencapai-pencapai yang kini selesa menikmati dan mengecapi pendapatan lumayan.
Komitmen kami ialah untuk memberi produk dan perkhidmatan yang terbaik. Dengan usaha yang berterusan, kami yakin lebih ramai orang akan menikmati kejayaan bersama. Kami bertekad membantu mereka untuk membina kehidupan yang lebih bermakna … baik dari segi kewangan mahupun kesihatan.
Syarikat, yang memasuki tahun ke-sebelas operasinya, kini diterajui oleh Yang Mulia Tengku Ariez Hazaril Tengku Abdul Halim sebagai Pengarah Eksekutif, Encik Kennedy Tan (Pengarah Urusan) dan Puan Mazliza Man (Pengurus Eksekutif).
Health Builders beroperasi dari Bangunan Korporat / Ibu Pejabat yang terletak di 6-2 & 6-3, Blok A, Jln 2 / 114, Kuchai Business Centre, Jalan Kuchai Lama, Kuala Lumpur.