Saturday, July 17, 2010

Testimoni Goji Oleh Warga Ningxia


Dalam keheningan pagi, Dr Shengyuan Lei telah selesai membuat perjalanan hariannya sepanjang tiga-batu. Kemudiannya beliau akan menghabiskan satu jam untuk bertafakur dan yoga sebelum beliau berjumpa dengan pesakit-pesakitnya. Dr Lei berusia 103 tahun ! Ini amat luar biasa tetapi usia Dr Lei yang sebegitu bukanlah di luar kebiasaan. Ramai penduduk di Bandar itu hidup dengan kehidupan yang produktif melewati usia 100 tahun. Mereka mempercayai memakan buah Goji setiap hari merupakan satu-satunya faktor utama yang membuatkan mereka luar biasa sihat dan panjang usia.

Ma Wangshi berusia 121 tahun . Beliau gemar berkebun setiap hari dan lebih suka menaiki anak tangga tanpa bantuan. Kanak-kanak lelaki yang bersamanya ini merupakan cicit-cicit-cucu beliau! Ma suka memakan buah Goji sejak dari kanak-kanak lagi. Beliau boleh mengingati lagi saat pertama kalinya perayaan buah Goji diadakan di kampungnya yang kecil, setelah 100 tahun lalu! Ma akan membawa cucunya ke perayaan buah Goji pada tahun hadapan

Hongzhang dan isterinya berusia 110 tahun . Penglihatan mereka masih tajam dan masih mempunyai semua gigi, mereka juga tidak pernah sakit sejak bertahun-tahun. Salah satu aktiviti kegemaran mereka ialah pergi ke pasar. Mereka berdua memakan buah Goji setiap hari. Wan Hongzhang menjual buah Goji yang kering kepada peniaga tempatan. Serbuk Goji beliau dikenali kerana berkualiti luar biasa. Beliau memaklumkan rahsia serbuk Gojinya telah diperturunkan dari satu generasi ke satu generasi.

Nota : Testimoni asal dipetik dari laman web Health Builders Sdn. Bhd.

Goji memanjangkan usia

Salah satu khasiat goji ialah ia dapat membantu memanjangkan usia, menghalang diri anda daripada tua sebelum masa menerusi tindakan anti-oksida yang tinggi.
Antioksia dalam goji merupakan pertahanan tubuh yang terbaik melawan radikal bebas. Dianggarkan sel DNA dalam tubuh kita diserang oleh radikal bebas lebih daripada 10,000 kali dalam sehari. Tanpa dihalang, radikal bebas ini boleh memusnahkan DNA, enzim-enzim dan sel-sel badan. Dengan adanya antioksida yang tinggi dalam Goji, ia dapat membantu menghalang radikal bebas dari menyerang DNA, enzim-enzim dan sel-sel badan.
Kebanyakan penyakit yang berkait dengan penuaan adalah disebabkan oleh kerosakan akibat daripada radikal bebas ini. Oleh kerana kualitinya yang lebih tinggi, beberapa kajian perubatan telah mengesyorkan kegunaan Goji dari Ningxia sebagai pertahanan terbaik dalam melawan radikal bebas. Kajian juga telah meletakkan Goji Ningxia sebagai makanan antioksida yang tertinggi di dunia.

Daerah Zhongning, Negeri Ningxia di negara China mengeluarkan buah Goji yang berkualiti terbaik (juga dikenali sebagai Chinese wolfberri) di dunia. Daerah ini dikenali sebagai desa yang panjang usia di mana ramai penduduknya hidup lama dengan kehidupan yang produktif melewati usia 100 tahun. 90% dari populasi penduduk Ningxia beragama Islam dan mengamalkan Goji sebagai makanan harian untuk kekal sihat dan mereka percaya buah Goji membantu mereka hidup lama dengan kehidupan yang aktif.
Hidup dengan kehidupan yang produktif melewati usia 100 tahun.

No comments:

Post a Comment

Pesanan

Segala pertanyaan boleh klik di sini